Thursday 25 April 2013

Rahsia Besar Anwar Ibrahim Bakal Didedahkan



Anwar Ibrahim adalah satu watak penting dalam politik tanah air kita pada hari ini. Suka atau tidak, kehadirannya memeriahkan lagi warna warni sepak terajang dunia politik Malaysia. Berbagai gelaran dan sanjungan diberikan terhadap beliau, tidak kurang juga cacian dan kutukkan serta berbagai macam dakwaan berat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah seseorang manusia. Sama ada sesuatu dakwaan itu benar tidak dapat kita rungkaikan melainkan hanya menjadi bualan mulut manusia dan bawaan mulut mereka yang berniat jahat. Musuh-musuhnya sentiasa memerhatikan dari jauh untuk mencari jalan untuk memerangkap beliau ke dalam lembah neraka agar kerjaya politiknya dapat dikuburkan sekaligus menjatuhkan pengaruh pakatan pembangkang dari menjadi ancaman kepada pihak kerajaan yang mentadbir.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini timbul satu cerita yang agak gempar juga mengenai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan peranan yang dimainkannya selama ini di sebalik kulit ahli politik pembangkang di Malaysia. Sumber baharu ni datangnya dari rangkaian sulit yakuza-yakuza di kota Tokyo yang berhubung dengan rangkaian kongsi gelap-kongsi gelap Bukit Bintang yang banyak dilindungi ahli-ahli politik Tiongkok di Malaysia sama ada dari MCA dan DAP, ternyata sumber ini disertakan dengan segala bukti-bukti konkrit yang pasti mengejutkan pelbagai pihak di Malaysia sama ada pihak pakatan pembangkang atau pun pihak kerajaan. Namun rahsia yang bakal didedahkan ini pasti juga akan membangkitkan lagi sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia dan tidak akan mengurangkan sedikit pun pengaruh beliau. Walaupun begitu, pendedahan ini tetap akan dilakukan kerana ia adalah hak rakyat Malaysia untuk mengetahui siapa sebenarnya sosok yang bernama Anwar Ibrahim itu.

Sudah cukup bagi Anwar Ibrahim untuk bersandiwara dalam menutup watak sebenar yang beliau mainkan di sebalik tabir itu. Pendedahan ini bakal benar-benar mengubah lanskap PRU 13 yang akan berlangsung nanti. Anwar Ibrahim bukan sahaja dimusuhi dalam negara tetapi juga di luar negara terutamanya Jepun. Ini kerana Anwar Ibrahim sedang menjadi sasaran yakuza-yakuza Jepun yang mendakwa Anwar Ibrahim bertanggungjawab ke atas kerugian yang mereka alami. Apa sebenarnya kerugian itu tidaklah dirungkaikan mereka tetapi fakta yang cuba didedahkan mereka mengenai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sangat mengejutkan. Dakwa mereka Anwar adalah ahli satu pertubuhan rahsia yang bergerak secara bawah tanah di Jepun yang  menjadi musuh dalam selimut bagi yakuza-yakuza Jepun dan Anwar bertanggungjawab dalam penubuhan cawangannya di Malaysia. Pertubuhan rahsia ini juga bergiat aktif di Amerika Syarikat walaupun tidak sebesar dan segah induknya di Jepun.

 Jelas yakuza-yakuza Jepun amat berdendam dengan pertubuhan rahsia ini sehingga sanggup mendedahkan rahsia ini ke pengetahuan umum di Malaysia apabila diperolehi mereka. Mereka menyatakan sumber maklumat mengenai penglibatan Anwar Ibrahim di dalam pertubuhan rahsia ini diperolehi daripada sebuah markas operasi mereka yang berjaya ditawan geng-geng yakuza di Tokyo. Terdapat juga beberapa nama selebriti Jepun yang juga menjadi ahli pertubuhan rahsia ini yang didedahkan mereka namun persoalan bagi kita rakyat Malaysia apakah pertubuhan rahsia itu? Adakah ia mempunyai agenda tersembunyi di Malaysia? Adakah pertubuhan rahsia ini berbahaya? Adakah Anwar Ibrahim boneka Jepun? Sama-sama kita nantikan lanjutan pendedahan mengenai kesahihan berita ini. Diharap kita semua dapat bersabar daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan.

#PENAFIAN#
Berita ini adalah fiksyen semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup dan mati dan jika ada adalah satu suratan kebetulan. Berita fiksyen di atas adalah satu hiburan semata-mata bukan betujuan untuk mengaibkan sesiapa. PEACE.

No comments:

Post a Comment