Monday 29 April 2013

Teori Rahman: Suratan atau Kebetulan?


   
 Tahukah anda mengenai Teori Rahman.? Teori Rahman adalah satu teori mengenai siapa yg akan menjadi perdana menteri Malaysia. Ianya merupakan satu mitos atau legenda politik moden tanah air mengenai akronim  RAHMAN di mana setiap huruf mewakili nama-nama bekas perdana menteri dan siapa yang akan menjadi perdana menteri selepas Tun Mahathir berdasarkan 2 huruf terakhir pada perkataan Rahman. Mula popular sekitar akhir 80-an (macam-macam pendapat ada dan susah untuk dikesan mana datangnya) dan sekarang boleh dikatakan yang ianya sudah lengkap.


    Dimulai oleh Rahman(R), Abdul Razak (A), Hussein (H), Mahathir (M), Abdullah (A) dan Najib (N). Serba sedikit sejarah mengenai Teori RAHMAN boleh dirujuk di sini :-


    Jika kita perhalusi teori ini, antara perkara menarik, aneh dan ajaib yg dapat dicungkil mengenai Teori Rahman ini ialah:-

1.  formula matematik seperti berikut, penyelesaian matematik R.A.H.M.A.N:-

R = huruf ke 18
A = huruf pertama
H = huruf ke 8
M = huruf ke 13
A = huruf ke 1
N = huruf ke 14

Jadi 18+1+8+13+1+14=55. Jumlah 55 =  tahun UMNO berkuasa di Malaysia (lebih kurang Ogos 57-Mac 13 atau 55 tahun merdeka)

2. Pilihanraya Malaysia ke 13 bakal diadakan pada tarikh 5.5.2013.

3.Surah/Tajuk  Ar-Rahman dalam Al-Quran ialah Surah yang ke 55.



    Apakah sebenarnya maksud di sebalik semua suratan kebetulan ini? tamatnya riwayat pentadbiran UMNO? Permulaan zaman baharu? Berakhirnya demokrasi di Malaysia? Namun jika ditanya pada penulis, penulis mempunyai andaian yang tersendiri.  Kemungkinan besar ialah berakhirnya zaman demokrasi di Malaysia dan bermulanya kebangkitan Islam dan Empayar Nusantara Bani Tamim di Akhir Zaman. Wallahua’lam. Hanya Allah lebih mengetahui.

Thursday 25 April 2013

Anwar Ibrahim Adalah Seorang Kamen Rider


Akhirnya identiti sebenar Anwar Ibrahim terdedah, beliau tidak lain dan tidak bukan adalah seorang Kamen Rider. Lanjutan daripada pendedahan sebelum ini mengenai pertubuhan rahsia yang dimaksudkan yakuza-yakuza Jepun dalam artikel sebelum ini ialah sebuah pertubuhan yang mempunyai kaitan langsung dengan Kamen Rider-Kamen Rider di Jepun. Di Malaysia pertubuhan ini lebih dikenali sebagai PKR iaitu Parti Kamen Rider (nama rahsia) atau nama popularnya Parti Keadilan Rakyat di mana beliau sendiri ialah pengasasnya.


Jika benarlah dakwaan ini maka ini adalah suatu yang mengkagumkan kerana rupanya Anwar Ibrahim adalah  seorang Kamen Rider di mana tugas seorang Kamen Rider adalah untuk menegakkan keadilan dan membela mereka yang lemah daripada ditindas oleh mereka yang rakus. Selama ini itulah yang dilakukan oleh beliau dalam menceburi politik tanah air namun tak sangka di sebalik tabir beliau juga bertindak sebagai seorang Kamen Rider dalam memburu pelesit-pelesit yang bertanggungjawab menggangu gugat kesejahteraan rakyat.

Semoga dengan pendedahan terbaharu ini dapatlah kita menyatakan sokongan dengan tidak berbelah bahagi dan ragu-ragu kepada Anwar Ibrahim atas jasanya selama ni, siapa tak kenal Kamen Rider dan jasanya kepada rakyat cuma kita tak kenal siapa mereka di sebalik topeng yang melindungi wajah mereka sebelum ni. Walaubagaimanapun Parti Kamen Rider (PKR) pasti tidak akan tergugat dengan pendedahan ini sebaliknya makin ramai yang akan mula menyokong mereka setelah mengetahui kebenarannya yang Anwar Ibrahim adalah seorang Kamen Rider.

#PENAFIAN#
Berita di atas dan di artikel sebelum ini hanyalah sebuah rekaan semata-mata iaitu berita fiksyen dan jika ada persamaan dengan peristiwa sebenar ianya hanyalah suatu suratan kebetulan. Berita fiksyen ini hanyalah sekadar hiburan dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. PEACE

Rahsia Besar Anwar Ibrahim Bakal Didedahkan



Anwar Ibrahim adalah satu watak penting dalam politik tanah air kita pada hari ini. Suka atau tidak, kehadirannya memeriahkan lagi warna warni sepak terajang dunia politik Malaysia. Berbagai gelaran dan sanjungan diberikan terhadap beliau, tidak kurang juga cacian dan kutukkan serta berbagai macam dakwaan berat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah seseorang manusia. Sama ada sesuatu dakwaan itu benar tidak dapat kita rungkaikan melainkan hanya menjadi bualan mulut manusia dan bawaan mulut mereka yang berniat jahat. Musuh-musuhnya sentiasa memerhatikan dari jauh untuk mencari jalan untuk memerangkap beliau ke dalam lembah neraka agar kerjaya politiknya dapat dikuburkan sekaligus menjatuhkan pengaruh pakatan pembangkang dari menjadi ancaman kepada pihak kerajaan yang mentadbir.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini timbul satu cerita yang agak gempar juga mengenai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan peranan yang dimainkannya selama ini di sebalik kulit ahli politik pembangkang di Malaysia. Sumber baharu ni datangnya dari rangkaian sulit yakuza-yakuza di kota Tokyo yang berhubung dengan rangkaian kongsi gelap-kongsi gelap Bukit Bintang yang banyak dilindungi ahli-ahli politik Tiongkok di Malaysia sama ada dari MCA dan DAP, ternyata sumber ini disertakan dengan segala bukti-bukti konkrit yang pasti mengejutkan pelbagai pihak di Malaysia sama ada pihak pakatan pembangkang atau pun pihak kerajaan. Namun rahsia yang bakal didedahkan ini pasti juga akan membangkitkan lagi sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia dan tidak akan mengurangkan sedikit pun pengaruh beliau. Walaupun begitu, pendedahan ini tetap akan dilakukan kerana ia adalah hak rakyat Malaysia untuk mengetahui siapa sebenarnya sosok yang bernama Anwar Ibrahim itu.

Sudah cukup bagi Anwar Ibrahim untuk bersandiwara dalam menutup watak sebenar yang beliau mainkan di sebalik tabir itu. Pendedahan ini bakal benar-benar mengubah lanskap PRU 13 yang akan berlangsung nanti. Anwar Ibrahim bukan sahaja dimusuhi dalam negara tetapi juga di luar negara terutamanya Jepun. Ini kerana Anwar Ibrahim sedang menjadi sasaran yakuza-yakuza Jepun yang mendakwa Anwar Ibrahim bertanggungjawab ke atas kerugian yang mereka alami. Apa sebenarnya kerugian itu tidaklah dirungkaikan mereka tetapi fakta yang cuba didedahkan mereka mengenai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sangat mengejutkan. Dakwa mereka Anwar adalah ahli satu pertubuhan rahsia yang bergerak secara bawah tanah di Jepun yang  menjadi musuh dalam selimut bagi yakuza-yakuza Jepun dan Anwar bertanggungjawab dalam penubuhan cawangannya di Malaysia. Pertubuhan rahsia ini juga bergiat aktif di Amerika Syarikat walaupun tidak sebesar dan segah induknya di Jepun.

 Jelas yakuza-yakuza Jepun amat berdendam dengan pertubuhan rahsia ini sehingga sanggup mendedahkan rahsia ini ke pengetahuan umum di Malaysia apabila diperolehi mereka. Mereka menyatakan sumber maklumat mengenai penglibatan Anwar Ibrahim di dalam pertubuhan rahsia ini diperolehi daripada sebuah markas operasi mereka yang berjaya ditawan geng-geng yakuza di Tokyo. Terdapat juga beberapa nama selebriti Jepun yang juga menjadi ahli pertubuhan rahsia ini yang didedahkan mereka namun persoalan bagi kita rakyat Malaysia apakah pertubuhan rahsia itu? Adakah ia mempunyai agenda tersembunyi di Malaysia? Adakah pertubuhan rahsia ini berbahaya? Adakah Anwar Ibrahim boneka Jepun? Sama-sama kita nantikan lanjutan pendedahan mengenai kesahihan berita ini. Diharap kita semua dapat bersabar daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan.

#PENAFIAN#
Berita ini adalah fiksyen semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup dan mati dan jika ada adalah satu suratan kebetulan. Berita fiksyen di atas adalah satu hiburan semata-mata bukan betujuan untuk mengaibkan sesiapa. PEACE.