Thursday 25 April 2013

Anwar Ibrahim Adalah Seorang Kamen Rider


Akhirnya identiti sebenar Anwar Ibrahim terdedah, beliau tidak lain dan tidak bukan adalah seorang Kamen Rider. Lanjutan daripada pendedahan sebelum ini mengenai pertubuhan rahsia yang dimaksudkan yakuza-yakuza Jepun dalam artikel sebelum ini ialah sebuah pertubuhan yang mempunyai kaitan langsung dengan Kamen Rider-Kamen Rider di Jepun. Di Malaysia pertubuhan ini lebih dikenali sebagai PKR iaitu Parti Kamen Rider (nama rahsia) atau nama popularnya Parti Keadilan Rakyat di mana beliau sendiri ialah pengasasnya.


Jika benarlah dakwaan ini maka ini adalah suatu yang mengkagumkan kerana rupanya Anwar Ibrahim adalah  seorang Kamen Rider di mana tugas seorang Kamen Rider adalah untuk menegakkan keadilan dan membela mereka yang lemah daripada ditindas oleh mereka yang rakus. Selama ini itulah yang dilakukan oleh beliau dalam menceburi politik tanah air namun tak sangka di sebalik tabir beliau juga bertindak sebagai seorang Kamen Rider dalam memburu pelesit-pelesit yang bertanggungjawab menggangu gugat kesejahteraan rakyat.

Semoga dengan pendedahan terbaharu ini dapatlah kita menyatakan sokongan dengan tidak berbelah bahagi dan ragu-ragu kepada Anwar Ibrahim atas jasanya selama ni, siapa tak kenal Kamen Rider dan jasanya kepada rakyat cuma kita tak kenal siapa mereka di sebalik topeng yang melindungi wajah mereka sebelum ni. Walaubagaimanapun Parti Kamen Rider (PKR) pasti tidak akan tergugat dengan pendedahan ini sebaliknya makin ramai yang akan mula menyokong mereka setelah mengetahui kebenarannya yang Anwar Ibrahim adalah seorang Kamen Rider.

#PENAFIAN#
Berita di atas dan di artikel sebelum ini hanyalah sebuah rekaan semata-mata iaitu berita fiksyen dan jika ada persamaan dengan peristiwa sebenar ianya hanyalah suatu suratan kebetulan. Berita fiksyen ini hanyalah sekadar hiburan dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa. PEACE

No comments:

Post a Comment